Saturday, 6 August 2016

Stupid Parody – Yuna ‘Sound’ Stesen TV Hasilkan Video Parody, Dakwa Boleh Musnahkan Karier

12:04:00

Baru-baru ini penyanyi terkenal negara Yuna dikecam netizen gara-gara didakwa berpelukan dalam sebuah video semasa mengadakan persembahan bersama Usher. Bagaimanapun di dalam video terbabit jelas kelihatan Yuna pada awalnya seakan menolak permintaan Usher.
Reda dengan isu terbabit, beberapa hari lalu sebuah rancangan milik stesen stesen TV tempatan melakukan video parody lagu nyanyian Yuna bersama Usher. Namun ternyata video parody Jihan dan Syuk itu mengundang rasa kurang senang Yuna sendiri.
Tengok kelakar je, ada apa-apa yang tak kena ke dengan video tersebut? Ini luahan Yuna.

Boleh memusnahkan karier

Screen Shot 2016-08-04 at 8.42.35 PM
Menerusi akaun facebook peribadi miliknya, Yuna mencemuh tindakan produksi terbabit yang dikatakan biadap malah tidak peka dengan lawak yang dilakukan. Di dalam video terbabit, pelawak Syuk mengenakan make up menghitamkan wajahnya bagi meniru gaya Usher.
Tindakan demikian sangat sensitif terutamanya di Barat. Dalam erti kata lain racist. Sejarah ‘black face’ ini dah lama, orang kulit putih dulu-dulu ‘hitamkan’ muka mereka untuk buat persembahan kononnya nak meniru orang kulit gelap. Tapi tindakan tersebut sebenarnya tidak disenangi orang kulit gelap.
Tambah Yuna lagi, video parody terbabit boleh merosakkan karier dirinya dan berkemungkinan artis antarabangsa seperti Usher tidak mahu berkolaborasi dengannya lagi.

Its not funny

Screen Shot 2016-08-04 at 8.42.48 PM
Tidak mahu perkara ini bertambah buruk, Yuna meminta pihak berkenaan memadam segala video parody terbabit. Iyalah parody, parody juga kan tapi biarlah lebih peka sikit.
Pihak produksi bagaimanapun dah respon kenyataan Yuna ini dan memohon maaf atas apa yang berlaku.

Screen Shot 2016-08-04 at 9.28.11 PM


Screen Shot 2016-08-04 at 9.28.01 PM

SPM Tiada Manfaat, Suhaimi Tak Hantar Anak Ke Sekolah

12:03:00

SEJAK kebelakangan ini, nama penyanyi nasyid, Suhaimi Saad tiba-tiba melonjak selepas mendedahkan anak-anaknya tidak terima suntikan vaksin serta hanya berubat dengan amalan sunah dan bacaan Al-Quran.

Kontroversi mengenai dirinya bertambah panas apabila anaknya itu turut dikatakan tidak pernah dihantar ke sekolah, sebaliknya pergi mengutip derma.


Dek kerana itu juga, dirinya teruk menerima kecaman dan kritikan netizen.

Susulan itu, Suhami tampil menafikan anaknya ‘mengemis’, tetapi hanya membuat persembahan awam atau ‘busking’ bagi sebuah pertubuhan kebajikan iaitu Sabah Care.

Menyentuh isu sekolah pula, Suhaimi mengakui tidak melihat manfaat dalam format peperiksaan di negara ini.

Menurutnya, tidak ada keperluan untuk anak-anaknya menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), sekiranya mereka sudah mencapai kehendak dan impian masing-masing kelak.

“SPM pun mungkin kita akan ambil secara persendirian. Itu pun SPM ini kita tidak akan tahu bertahan sampai bila sebab sistem ini sentiasa boleh berubah.

“Cuma saya merancang yang terbaik. Saya tengok ramai yang buat belajar di rumah ini apabila usia 14 tahun ke 15 tahun dan sudah boleh sampai sasaran dia.

“Ada jadi saintis, ahli perniagaan dan sebagainya. Jadi kalau dah jadi ahli muzik, sudah boleh bekerja, tidak perlulah SPM itu,” katanya.

“UPSR dan PT3 saya rasa tidak akan bawa ke mana-mana dan memang saya tak rancang untuk mereka.”

“Sekarang ini saya fokuskan kepada akhlak dan bahasa serta al-Quran,” katanya kepada ProjekMMO.

Difahamkan, Suhaimi dan isterinya, Nordiana Mohd Naim memilih menyekolahkan anak-anak mereka sendiri di rumah menggunakan konsep “home schooling”. – MYNEWSHUB.CC

Harap Tiada Pihak Tersinggung Dengan Kisah Cinta Saya - Emma Maembong

12:03:00

Menjelaskan bahawa dirinya tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan orang ketiga mengenai isu cintanya bersama Kamal Adli, Emma Maembong dalam masa yang sama berharap agar tiada pihak terasa dengan apa yang sedang terjadi ketika ini.

“Selaklah mana-mana akhbar, majalah atau portal. Selama ini saya tidak pernah membuat sebarang kenyataan mengenai adanya pihak ketiga. Saya sendiri tidak tahu bagaimana boleh tercetusnya kontroversi sebegini”

“Lebih mengejutkan apabila kredibiliti dan profesionalisme sebagai pelakon juga dibangkitkan. Rasanya lebih wajar sekiranya persoalan ini diajukan sendiri kepada tuan punya badan iaitu Fathia dan Kamal,” katanya kepada BH Online.

Tambah Emma lagi, sebarang keputusan mengenai hala tujunya hubungannya hanya akan dibincangkan bersama Kamal. Sementara itu Kamal sebelum ini menyuarakan keinginannya itu memperisterikan Emma Maembong dan dalam masa yang sama menafikan bahawa Fathia Latiff menjadi punca keretakan hubungannya itu. - Sumber Rotikaya

Friday, 5 August 2016

Viral… Lelaki Malaysia Kahwin Artis Popular Thailand

11:48:00

SEORANG lelaki tempatan bernama Muhammad Hakim Azhar tiba-tiba menjadi popular dan perbualan hangat masyarakat Malaysia.


Semuanya selepas, kisahnya berjaya menambat hati sekali gus bergelar suami kepada penyanyi dan pelakon Thailand, Aisyah Nok Suthida menjadi viral di media sosial.

Muhammad Hakim, 25, dan Aisyah, 39, dilaporkan selamat diijabkabulkan pada 9 Julai lalu.
3

6_43

viral-2
Majlis pasangan ini turut mendapat liputan meluas media Thailand dan dihadiri oleh Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid.

Pasangan ini dikatakan berkenalan setelah Muhammad Hakim meminta untuk bergambar bersama semasa dia menyertai pertandingan kecergasan di Singapura pada Jun tahun lalu.

Ketika itu, Muhammad Hakim tidak mengetahui wanita itu adalah artis popular dari Thailand.

“Saya kenal dengan isteri ketika bertanding dalam South East Asia Streetworkout Championship 2015.

“Mula-mula nampak dia memang cantik. Saya cuma berani bergambar dengan dia, tak berbual pun. Kemudian saya minta Instagram dia dan apabila balik dari Singapura saya mesej untuk minta nombor telefon dia.

“Itu pun dia balas selepas seminggu, kemudian barulah kami saling berbalas mesej dan berkenalan dengan lebih lanjut,” katanya kepada Harian Metro.

Muhammad Hakim yang berasal dari Kluang, Johor melamar Aisyah pada 12 Mac lalu sebelum bertunang pada 10 April.

Difahamkan, Aisyah atau nama sebenarnya Nook Suttida Kasemsant Na Ayutthaya merupakan ibu tunggal kepada dua anak lelaki dan telah memeluk islam pada Februari 2015.

Aisya popular menerusi drama bersiri Angel Destiny, Kamin Kub Poon, Huk Leam Kularb selain membintangi filem, Dek Ra Berd – Extreme Game, Taek 4 dan Lok Tung Bai Hai Nai Kon Deaw.

Muhammad Hakim kini menetap di Bangkok dan membantu perniagaan isterinya yang berkaitan dengan produk kecantikan wanita selain bercadang untuk menjadi jurulatih kecergasan di Bangkok. – MYNEWSHUB.CC

Video: Anak Gelek Lucah.. Normah Damanhuri Tak Kisah?

11:47:00

PELAKON veteran Normah Damanhuri nampaknya mempunyai anak-anak yang sudah terbiasa dengan kontroversi meskipun tak menjadi orang seni sepertinya.


Sebelum ini anak lelaki Normah yang juga model peragaan, Ahya Ulumuddin Rosli, 29, pernah mengejutkan netizen apabila tanpa segan silu, berkongsi gambar panasnya bercium dengan kekasih di tepi pantai menerusi laman Instagram.


Tak lama selepas itu, Ahya muncul lagi dengan kisah sensasi nama kedai shisha miliknya yang disifatkan lucah iaitu ‘Kelentit Rindu’.


BACA: ‘Kelentit Rindu’ Bukanlah Nama Lucah – Ahya Rosli


Terbaharu, seorang lagi anak Normah iaitu kakak kepada Ahya, Liana Rosli menjadi tumpuan netizen kerana video panasnya bergelek dan beraksi lucah untuk mempromosikan produk jamu miliknya.


Jom tengok aksinya.. 


Bagaimanapun Normah dalam satu laporan susulan aksi anaknya itu dikatakan sedikit pun tidak marah malah beranggapan ianya baik untuk strategi perniagaan.

Normah yang pernah ‘dibahan’ netizen kerana masih belum berubah seperti pelakon lain seusianya yang kini bertudung dilaporkan berkata kepada sebuah akhbar tempatan, “Saya tahu dia merakam video itu tetapi tak sangka pula ia boleh jadi viral. Apabila membaca setiap komen yang ditinggalkan peminat saya malas nak ambil tahu. Bukan apa, saya pun pernah dikecam dengan peminat gara-gara isu tudung, tetapi saya tak suka nak menjawab. Hanya Allah SWT yang lebih mengetahui niat dan segala tindakan yang kita lakukan.”

Bagi yang perasan, Liana yang juga anak keempat Normah sebelum ini pernah juga muncul dalam iklan produk Terlajak Laris yang tersebar di Internet dan mendapat kritikan kerana aksi lucah yang keterlaluan.

2097

Apa pun memang benar kata Normah Damanhuri bahawa cuma Allah SWT lebih mengetahui niat setiap manusia.

Tapi pada masa sama janganlah pula lupa, Allah Taala telah memberi garis panduan jelas dalam perkara yang boleh mendatangkan kemurkaanNya.  – MYNEWSHUB.CC

Atlit Olimpik England Bogel, Tayang Badan Sasa

11:47:00

LIMA pemain dari pasukan ragbi wanita England yang bakal menyertai kejohanan sukan terbesar dunia, Olimpik Rio 2016 tampil berbogel, menayangkan badan sasa masing-masing dalam keluaran terbaharu Women’s Health UK.

Edisi terbaharu majalah erotik tersebut merupakan ‘the naked issue‘ yang menampilkan pelakon Lea Michele sebagai gadis penghias pada muka hadapannya.

Antara atlit yang menayangkan ‘aset’ mereka ialah Claire Allan, Danielle Waterman, Michaela Staniford, Amy Wilson-Hardy dan Heather Fisher.

Dalam isu khas tersebut, mereka bangga bercerita mengenai ‘positive body image’ serta bagaimana cara menghargai tubuh badan sendiri. – MYNEWSHUB.CC

Thursday, 4 August 2016

"SAYA TAK HALANG DIA JUMPA ANAK" - ALONG CHAM DAKWA ISTERI SELALU MINTA CERAI

12:53:00
Tidak mahu dirinya terus dipersalahkan, Along Cham telah tampil memberikan penjelasan mengenai rumah tangganya yang mendapat tumpuan ramai apabila Zila Saeron, 28, mendedahkan Along telah mengusir beliau keluar rumah dan tidak membenarkan Zila berjumpa dengan anak mereka, Ahmad Danial, 5. 

Akui Along, selagi boleh, dia mahu menutup aib dan mempertahankan rumah tangga atas dasar cinta sejak enam tahun lalu. Namun, demi mempertahankan maruah diri dan keluarga, lebih-lebih lagi ibu bapa yang menggalas tanggungjawab membantunya menjaga Danial di Johor Bahru, Along berkata yang beliau terpaksa bersuara. 

 



Dalam masa sama, Along berkata yang dia tidak pernah melarang Zila berjumpa dengan anak lelaki mereka. Ini kerana sepanjang bulan Syawal beliau menanti kedatangan Zila dengan tangan terbuka tetapi sehingga kini Zila tidak pernah datang melihat anaknya. 

"Malu keluarga saya apabila dia mendakwa kami tidak mengizinkannya menjenguk anak. Dia kena fikir ibu bapa saya menjaga anak yang dikandung dan dilahirkan. Sepatutnya dia berterima kasih pada keluarga saya. 

"Apabila mendakwa kami tidak membenarkan dia menjenguk anak, seolah-olah ibu bapa saya kejam dan cuba memisahkan ibu dan anak. Saya tidak kisah jika dia memburukkan saya, tetapi tolonglah jaga hati keluarga saya 

 

"Saya fikir tiada istilah melarang berjumpa anak kerana dia tahu di mana anak kami berada. Bukan dia tidak tahu jalan ke rumah keluarga mentuanya? 

"Lagi satu, tidak logik keluarga saya akan menghalaunya jika dia sudah berada di depan pintu rumah. Keluarga saya tidak pernah campur tangan dalam masalah rumah tangga kami. Mungkin jika dia datang dan menundukkan keegoannya, rumah tangga kami masih dapat diselamatkan," tegasnya. 

Menurut Along, Zila sebelum ini pernah beberapa kali meminta cerai ketika berbicara dengannya di telefon. 

"Hairannya, kenapa selepas berbulan-bulan baru ada perasaan rindu yang teramat sangat pada anak? Mana perginya naluri seorang ibu ketika rancak mencetuskan perbalahan dan minta saya menceraikannya setiap hari dalam perbualan telefon? 

"Bagi saya, mahu seribu daya, tidak mahu seribu dalih. Sepanjang Syawal hingga hari ini, kami menantikan kedatangannya dengan keluarga tetapi batang hidung pun tidak nampak menjenguk anak kami," jelasnya. 

Sementara itu, Along berkata, dia menfailkan saman nusyuz terhadap Zila baru-baru ini disebabkan tindakannya keluar tanpa meminta izin suami. 

"Bagaimanapun, hanya ini yang boleh saya ceritakan kerana kes perceraian kami masih dalam perbicaraan," katanya yang berusaha menyelamatkan mahligai dibinanya itu. 

 
Sumber: Berita Harian